MATI HIDUP SEMULA

Mati hidup semula? ini bukan cerita pasal kematian dalam kubur tu. tp ni kematian hati..
bila aku fikir balik sekarang aku faham, walau macam mana pun keadaan, dia x kan terima aku balik.. sebab dari apa yang berlaku dan apa yang dia kata, aku sangat faham yang dia tak kan kembali pada aku biarpun apa yang terjadi.. adakah memang sudah lama dia mahu jauh dari aku? atau disebabkan orang ketiga? susah aku nak pastikan, sangat sukar untuk difahami dan di ertikan..

Sangat pedih dan kecewa bila dia sanggup menipu untuk bersama dengan yang lain.. penipuan yang aku betul2 x dapat terima, satu statment yang membuatkan seluruh anggota badan jadi lemah dan mahu pengsan.. sungguh x percaya dia sanggup menipu sedemikian rupa.. salah ke kalau berterus terang? mungkin itu yang terbaik dari melemparkan kenyataan yang boleh buat aku bunuh diri..

Sekarang dia ada masalah dengan orang ketiga, aku langgung x tahu apa yang berlaku sebenarnya..
aku cuma harap dia berfikir dengan sewajarnya..

andai engkau membaca blog ku ini, aku meminta maaf menghulur 10 jari atas semua khilafku.. aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari salah dan dosa.. puas sudah aku pertahankan diri untuk berusaha mengambil hati engkau semula, tp aku tahu hakikatnya memang engkau mahu pergi dari aku.. biarpun usaha hingga ketitisan darah terakhir itu hanya sia2 bila hati mu kosong ... engkau mengharapkan yang terbaik setelah aku, tapi kau lupa, yang terbaik ialah yang bersusah senang bersama2.. yang berhujan demi kau dan yang mencintaikau x kira di mana kau berada.. kekayaan x menjamin kebahagiaan, hanya keserasian yang berkekalan.. sayang, hati aku sungguh berat untuk membiarkan kau pergi, tapi bila dikenangkan penipuan yang telah kau nyatakan, aku sungguh kecewa, teramat pedih.. aku cuba beritahu pada hati yang engkau memang berniat untuk meninggalkan aku.. sekarang kau bahagia kan?, tidak mencintai aku dan tidak dicintai oleh org ketiga.. puas kan kau sekarang.. entah lah sayang ku.. biarpun aku cuba untuk terima yang kau tipu aku tapi sebenarnya aku lemah... aku mahukan kau kembali... aku berdoa pada allah semoga kau menerima aku seikhlas hati dan terima aku apa adanya, kerna apa pun yang terjadi pada kau, sedikit pun x menjelaskan cinta yang 5 tahun dulu kita bina.. semoga kau sedar akan aku, yang sentiasa menunggu dan terus menunggu...

Comments