Jadi dengan tiada malu lagi , saya persembahkan kepada anda tujuh pantang kita orang lelaki semasa ber'dating' nanti . Kepada yang senior anggaplah ini sebagai khayalan memori silam . Kepada junior yang akan merasakan dating kali pertama , harap dapat sediakan 'highlighter' untuk membuat nota . Ingat tau !! . Kita sebagai lelaki perlu mengawal rentak semasa berdating,dan biarkan pasangan kita berasa bangga dapat di lihat di khalayak ramai dengan kita ! Oleh itu jangan sekali-kali ;
1 ) Lupa zip seluar semasa bertemu atau selepas 'Panggilan Alam'
Okeylah, mamat mana yang akan terlupa perkara yang teramat mudah sebegini ? Tentu anda tidak akan mengaku . Ini antara perkara terbodoh sekali yang pernah saya buat semasa berdating . Dan bagaikan jatuh di timpa tangga, pada ketika itu 'anak seluar' saya berwarna merah . Terang. Seterang-terangnya . Alasan saya bila date bertanya ? 'Err you peransan? Zip seluar nie bodoh sikit , kadang - kadang dia jatuh sendiri , I pun tak tahu la kenapa, bodoh betul! ' Bodoh lagi rasanya alasan saya . Teramat!
2 ) Luku kepala date anda semasa 'menguap'
Ada kawan saya ini, yang dating menonton wayang . Di dalam panggung, timbullah pula niat jahat dan miangnya . Perhatikan jika anda tahu senario begini : Mula - mula menguap sekuat-kuat hati lepas itu depakan tangan setinggi-tinggi dan sejauh mungkin akhirnya jatuhkan tangan diatas bahu gadis yang di sisi ! Sayangnya kawan saya kurang faham langkah-langkah ini. Hasilnya? Kepala datenya di tujah dengan sekuat hati . Akibatnya? Tinggallah seorang diri . Itulah akibatnya kalau niat miang mengawal hati .
3 ) Jatuhkan, pecahkan, rosakkan barang di sekeliling anda
Sebagai lelaki, pecah-memecah barang memang tabiat semulajadi . Namun ketika berdating tolonglah jangan, walaupun keinginan anda kuat . Ini banyak kali berlaku kepada saya . Saya pecahkan jug minuman di Pizza Hut. Selang beberapa minit saya terlanggar pula gelas saya. Kata orang tua-tua malang tidak berbau .Sudahlah malang, di tambah pula malu! Apa lagi yang pernah saya jatuhkan, pecahkan atau rosakkan ketika berdating ? Tong sampah, plet kereta, pintu tandas, telefon awam, telefon bimbit dan lain-lain lagi.
4 ) Terlalu taksub dengan date anda , hingga terlupa alam sekitar
Supaya anda tidak akan terpijak, terlanggar atau terjerumus ke dalam antaranya : Najis binatang (najis anjing memang kebiasaan saya); Tiang elektrik, telefon atau tanda jalanraya (agak sakit, dan anda harus 'control' dan lakukan seperti tidak terlalu sakit atau tidak sakit langsung); Lubang (kalau terperosok, salahkan pihak lain kerana ianya bukan kebodohan anda); Jatuh tangga (kalau jatuh maka hilanglah kelakian anda, kerana hanya perempuan yang akan jatuh tangga, lelaki tidak sekali-kali , faham?)
5 ) Biar date anda yang membayar untuk tiket atau makanan atau minuman
Pantang yang ini untuk junior sahaja. Jika ada senior, sekali-sekala tidak salah untuk 'membenarkan' date anda membayar belanja dating . Banyak caranya! Contohnya sebentar tadi saya makan bersama Amiza. Pastikan duit anda di dalam dompet hanya ada beberapa ringgit . Alasannya ? Fikirkan yang paling kreatif. Yang terbaik untuk saya, tidak sempat singgah di ATM. Err,pastikan juga yang date anda berduit okay? Kalau tidak basuh pingganlah anda berdua , atau diam-diam lari saja dari kedai makan itu .Anda pasti boleh melakukannya !
6 ) 'Ayat" awek lain ketika ber'dating'
Saya faham naluri lelaki. Lelaki sebenarnya terlalu menghargai kecantikan. Tambahan pula yang di pandang itu memberi senyuman atau 'signal'. Susah bukan? Wanita kurang faham konsep ini. Tetapi jika ingin menggatal juga, buat begini. Lepaskan tangan yang di pegang, beri alasan ke tandas, dan kejar awek itu untuk nombor telefonnya. Bila di tanya dengan siapa, katakan saja dengan kakak, ibu pun boleh. Kemudian cepat cari date anda semula, katakan itu kawan lama, teman sekolah, sepupu jauh. Mudah saja....!
7 ) Date lebih dari seorang teman pada suatu masa
Ini adalah perkara yang paling sukar sebenarnya, terutama kepada mereka yang baru bercinta. Tetapi bagi yang senior, perkara ini tidak mustahil. Cabaran saya untuk anda, kalau anda berjaya, anda adalah lelaki yang terhebat antara yang terhebat. Anda layak di kowtow dan di tabik oleh kami semua! Rekod teman rapat saya, empat date dalam satu hari, cuma waktunya berlainan. Bolehlah. Rekod date saya dengan tiga wanita, pada waktu yang sama, dalam bangunan yang serupa. Tetapi dalam mimpi rasanya. Betul Amiza, dalam mimpi sahaja!
Jadi bagaimana?Anda sudah bersedia? Bagus! Ingat, yang paling penting adalah keyakinan supaya date seterusnya terjadi. Siapalah tahu kalau-kalau gerbang pernikahan pula menanti. Yang pastinya, Sebagai lelaki yang hebat anda harus pastikan kejayaan date anda kelak. Kami yang lain mengharapkan kejayaan anda. Nasihat saya yang boleh di guna silalah ambil. Yang lainnya saya tidak bertanggungjawab.
Akhir kata "Selamat Berdating" dan jangan nakal-nakal.
Comments