PeNgEtAhUaN Am!!!

Adakah semua jenis kehidupan di Bumi mempunyai darah berwarna merah?


Tidak. Terdapat juga makhluk yang mempunyai darah yang berwarna selain daripada merah. Contohnya ialah lipas yang mempunyai darah berwarna putih.


Siapakah yang telah mencipta kaca?


Ahli sejarahwan tidak dapat membuktikan siapakah individu yang sebenarnya berjaya mencipta kaca. Bahan yang diperlukan untuk membuat kaca ialah pasir, soda, kalium, dan kapur yang boleh diperolehi di hampir seluruh negara.


Mungkin mana-mana jua peradaban awal (earlier civilizations) yang telah berjaya menciptanya. Para arkeologi telah menemui bahan kaca di kubur Mesir purba. Kubur itu dibina pada tahun 7 000SM. Mungkin kaca itu telah dibawa masuk dari Syria. Pada tahun 1 500SM, orang Mesir telah membuat kaca.(Buktinya memang ada.) Namun, kaedah pembuatan kaca moden telah dicipta oleh masyarakat Phoenicia.(kawasan purba yang terletak di bahagian timur Mediterranean, yang merangkumi kawasan Syria dan Lebanon hari ini)


Pada hari ini, ciptaan yang menggunakan kaca begitu mengkagumkan. Salah satu daripada ciptaan itu ialah kaca gentian(fibreglass). Kaca gentian adalah wayar sehalus seutas benang. Berjuta-juta maklumat dihantar menggunakan kaca gentian melalui komputer.


Bagaimanakah kalkulator dapat berfungsi & mengingati nombor?


Terdapat satu bahagian ingatan di dalam kalkulator dibuat daripada sebuah silikon kecil yang digelar sebagai Random Access Memory(RAM). Ia akan menukar maklumat yang diterima kepada angka binari 1 dan 0. Apabila elektrik memasuki RAM melalui suis, ia akan membacanya sebagai 1. Jika elektrik tidak memasukinya, ia akan ditafsirkan sebagai 0.


Comments