PELIK TAPI BENAR!! Biar Mati Anak,Jangan Calar BMW

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan
tu...

Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on
the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C
: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u
sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...

Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci,
saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje
cermin kereta ni...

Pakcik C:
"Mana bapaknya???"

Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang:
"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai
menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta
tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik
kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami
saya datang"...Tetiba ade sorang akak tampil dan
jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni...
biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak
sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan
cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk
ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu
kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan
kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil
untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya
ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin
juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak
keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah
pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya
dikeluarkan...kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan
kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa
dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan
bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia
masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh....
mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

P/S:Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan
Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang
diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih
compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih
mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.

Syabas Malaysia Boleh

Comments

bini tu tak reti buat decision sndiri. takut suami